Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Friday, September 12, 2008

Khir ( 1 ) Mariah ( 0)







Aku berjaya buktikan yang dakwaan Dr Khir tu betul....

Dr Mariah aper cer...?

Thursday, September 11, 2008

Mariah vs Khir


Ini kes Doktor vs Doktor... Dr Siti Mariah merupakan Ahli Parlimen Pas Kota Raja, manakala Dr Khir Toyo adalah Adun Sg Panjang. Kes ni bermula dengan laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu oleh Dr Khir.

Dr. Khir dakwa ada usaha untuk melarang laungan azan kat area Puchong dan Kota Damansara. Satu petisyen ke arah tu dah dibuat.. Dr Khir sendiri kata dia pernah nampak petisyen tu...

Dr Mariah dah buat satu laporan polis kat Dang Wangi atas dakwaan Dr Khir tu.

Tapi Dr Khir relex jer... Dia kata, "Laporan sudah di buat, biar polis siasat".

Kalau betul perkara ni berlaku... ni mesti DAP punyer kerjer (kalaulah). nak tau kenapa? ha... sebab dalam parti tu mane ader Islam... x lan ler orang islam nak suruh berenti Azan.. nak kena panah petir?

Kalau Dr Khir menipu plak... aku rasa dia patut di tangkap di bawah akta hasutan.. (macam Dato Ahmad, tapi x kena tangkap pun...)

Aku x nak Malaysia jadi macam negeri Cina.. Aku tengok sendiri kat TV3, ada satu masjid kat sana, bilal dia azan kat depan masjid tanpa guna pembesar suara (macam zaman dolu2) bila wartawan tu tanya knp, dia kata pemerintah x benarkan azan dengan kuat.. (sedihkan?)

Aku harap benda macam tu x berlaku kat Malaysia (wallahualam)

Tuesday, September 9, 2008

Ahmad Tetap Enggan Mohon Maaf


Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tetap enggan meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa kaum Cina adalah pendatang.

"Ini maruah, mereka tidak bagi saya minta maaf, bukan saya, saya tidak ada apa," katanya.

Perdana menteri, kata Ahmad akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara petang ini.Ahmad berkata, dalam perbincangan tersebut, Abdullah memberitahunya yang beliau (perdana menteri) mementingkan keselamatan dan kestabilan negara.

Aku petik berita ni dari MalaysiaKini..

Aku rasa tindakan Datuk Ahmad tu relevan... Dia bercakap soal fakta yang tertulis dalam sejarah.. Seantero Malaya tau yang Kaum Cina dan India tu dapat kerakyatan tetapi pada masa yang sama mereka terpaksa menerima kelebihan yang di beri kepada kaum Melayu dan Bumiputra. Kalau kita x bagi masa tu... semua dah kena balik negara masing2... Melayu ni memang terlalu baik dalam bab ni Mana ada negara dalam dunia ni nak bagi warganegara dengan mudah..?

Lasi satu.. Melayu memang terkenal dengan dengan toleransi, berbudi bahasa dan byk lg sifat yang terpuji kecuali di Jalan raya (kawan aku cakp) Tapi... sikap macam ni pun kena ada batasnyer bro... kita terlalu menjaga hati kaum lain... tapi pada masa yang sama kita tidak menjaga hati kaum kita sendiri..

Orang Cina khususnye akan mengganggap yang Datuk Ahmad ni bersifat perkauman... tapi bagi aku dia pemimpin yang berani.. Berani dalam mempertahankan maruah Melayu itu sendiri.. Sebab aku ni Orang Melayu..