Friday, September 12, 2008

Raja Petra, Terresa Kok dan Wartawan Sin Chiew Daily kena ISA!


Pengendali Malaysia Today (Raja Petra) telah di tahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra. Isteri dia, (Marina Lee Abdullah) cakap 10 orang polis tangkap dia jam 1.10 tengahari (aku x tau dia sempat lunch atau tidak). Kenape dia kena tangkap? Ha tu la pasal... Orang kata dalam Malaysia Today ada komen menghina Nabi Muhammad dan Agama Islam (aku x baca lagi) lagu satu...Dia dengan berlagaknyer kata yang undang-undang Malaysia x boleh sentuh dia sebab Malaysia Today to di daftarkan kat luor negeri... Kan dah kena ISA.. ISA tu = tahanan tanpa bicara.. Ko panggil Karpal Singh pun x boleh..(aku boleh tolong tengok je). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kata, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.

Memang polis mengamuk lagi.. kira-kira jam 8.30 malam wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pulak kena tahan oleh polis di rumahnya di Bukit Mertajam Tan adalah wartawan yang membuat laporan berhubung kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail.

X cukup dengan tu....
Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jam 11.20 Jumaat malam.Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

No comments: