Saturday, September 13, 2008

Wartawan Sin Chew Daily Bebas


Ini le rupa wartawan surat kabo Cina yang kena ISA semalam.. (cun jugak amoi ni)... Nama penuh dia, Tan Hoon Chen.. Berumur 33 tahun...Masih Bujang.. (hehehehe...) Graduan dari Universiti Sains Malaysia ni dibebaskan kat Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dalam pkul 11.30 pg (waktu tempatan).

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar kata Polis tahan Tan bawah akta ISA adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menjaga keselamatannya..(boleh caya ker..?)... Mungkin pihak risikan polis sudah dapat menghidu yang nyawa wartawan tersebut terancam di atas artikelnyer dalam surat kabo...

Tindakan polis tu wajar bagi aku sebab, kalau apa-apa terjadi kepada amoi yang belum kawin tu....... pelbagai masalah dan spekulasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat Malaysia bakal ditimbulkan... nanti saper susah..? polis jugak..!

Atau pun ia boleh dijadikan amaran kepada wartawan yang lain supaya tidak menyalahgunakan kebebasan suara (yang skt ni) untuk perkara yang boleh mengancam keselamatan negara.... Aku nak Malaysia ni aman.. AMIN...

No comments: