Wednesday, September 24, 2008

Seks itu sedekah.... : Fairul Azrim


POH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Aku x berapa heran dia nak mengaku atau tak.. Tapi ader benda yang buat aku sangat terasa...

(dari Utusan Malaysia)

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Ha... ini yang aku pelik... Apa maksud sedekah dalam ayat dia td..?

Sedekah tu bagi aku satu perbuatan yang mulia... Ustaz aku dulu cakap.. Kalau kita nak sedekah guna tangan kanan, jangan sampai tangan kiri tau.. dalam erti kata lain.. bersedekah tu kena ihkhlas... jangan menunjuk-nunjuk.. itu aku paham..

kalau ader orang bagi kita kuih... kita anggap benda tu sedekah...

tapi.. kalau orang bagi kita orang(awex) tuk ML dengan dia... SEDEKAH KER NAMANYER..?

Saturday, September 20, 2008

SAPP Tangjung Papat Tinggal 1 Cawangan


Akibat drpd tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mencadangkan usul tidak percaya kpd Pak lah seterusnyer mengambil keputusan keluar BN... (Lompat sekali kot? hehehhe..) kira-kira 2,000 ahli dari 15 cawangan area Tanjung Papat ambil keputusan tuk keluar parti... maka tinggallar satu cawangan iaitu cawangan Slipway. ketua dia Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP, Tanjung Papat Poon Kee Yang.

kenaper diorang keluar parti?

mengikut cerita... mereka keluar sebab menyokong pendirian Tim Presiden SAPP Raymond Tan yang x setuju dengan keputusan Majlis Tertinggi SAPP untuk keluar dari Barisan Nasional.

Siaper lagi yang keluar?

Turut keluar SAPP ialah Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin.

Apa kesimpulannyer?

senangjer.... Tindakan SAPP keluar BN tidak mendapat sokongan dari akar umbi.. mungkin dia bertindak atas dasar x puas hati atau pengaruh dari pihak-pihak tertentu... kronologinyer bermula dengan usul tidak percaya kepada Pak Lah.. SAPP berharap dengan tindakan tersebut akan menyebabkan parti itu akan diusir dari BN... dan bila di usir... SAPP akan sebab yang kuat untuk melompat ke Pakatan Rakyat. (aku masuk Pakatan sebab aku kena buang.. muhahahah)

BN mengabil langkah bijak untuk tidak mengambil tindakan... dan akhirnyer SAPP mengusir diri sendiri.... dan statement terbaru dari SAPP ialah.. parti itu tidak akan melompat ke Pakatan Rakyat.. (setakat masa ni kot).. dia tau.. bila dia masuk terus ke Pakatan... BN boleh tuduh dia menerima imbuhan atau apa-apa dari Pakatan Rakyat..

Wednesday, September 17, 2008

4 Syarat Tukar Kerajaan

Anwar Ibrahim dalam suratnya kepada Pak Lah telah mengemukakan empat syarat bagi memastikan peralihan kuasa itu berlaku secara damai.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, syarat berkenaan juga bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj keinginan rakyat dengan mencetuskan ketegangan kaum.

Empat syarat itu ialah:

  • Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;

  • Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;

  • Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan
  • Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.

  • Bersyarat-syarat lar plak.. Kenapa nak kena pakai syarat..? buat lar surat perjanjian... lepas tu kena matikan stemp... baru lar nampak rasmi...

    Tuesday, September 16, 2008

    16 September Tinggal Kenangan

    Hari semalam merupakan sejarah untuk hari ini.. Dan 16 September 2008 kini menjadi kenangan kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan impian untuk melihat Malaysia kepada sesuatu menjadi sesuatu...




    Momentum perubahan yang direncanakan berada di tahap tertinggi pada malam 15 September 2008. Bertempat di Stadium Kelana Jaya. Aku x tau berapa ramai yang hadir... tapi berdasarkan gambar aku rasa bilangannya mungkin mencecah kepada ribuan manusia..

    Mengikut perancangan, antara tokoh politik yang bakal hadir di majlis tersebut ialah, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hadi A
    wang. (Anwar Ibrahim memang datang). Tetapi... siapa yang hadir sebenarnya? (sila lihat petikan yang diambil dari Agenda Daily)

    Mengikut laman web rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang akan hadir menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya Isnin malam ialah Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

    Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pe
    mimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September .” Itulah seperti yang dinyatakan.


    Namun sampai ke sudah kelibat Presiden PAS itu pun tak nampak. Apakah nama Haji Hadi digunakan hanya untuk jadi daya penarik para ahli PAS menghadiri majlis itu? Ini bukan pertama kali beliau tidak hadir pada satu majlis yang diadakan di stadium berkenaan.

    Tidak lama dulu masa majlis protes kenaikan harga minyak anjuran badan yang dinaungi oleh Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang pro Anwar ,beliau disenaraikan akan hadir tetapi tidak datang.Kalau nak kira majlis Hari Malaysia

    Para pemimpin utama DAP, Kit Siang dan anaknya Guang Eng turun.Sebaliknya tidak ramai para pemimpin utama PAS hadir kecua
    li Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar,Dr Hatta dan beberapa yang lain. Malah Pesuruhjaya PAS Selangor juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hassan Ali juga tidak kelihatan.

    Kalau kita melihat daripada artikel tersebut... Aku dapati semacam ader sesuatu protes di kalangan pemimpin yang tidak hadir.. Atau mungkin mereka tadi mempunyai alasan tertentu.

    Mereka yang hadir memasang impian agar keesokan harinya, Putrajaya bakal bertukar tangan... Tetapi perkara yang lain berlaku...


    Dalam sidang medianya.. Anwar Ibrahim mengatakan yang lebih dari 31 ahli parlimen BN bakal menyertai Pakatan Rakyat dan meminta supaya Pak Lah tidak menggunakan Undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa. Anwar juga telah menghantar surat kepada Pak Lah untuk mengadakan perjumpaan. Tetapi Pak Lah menolak perlawaan itu.

    Mengikut Pak Lah, surat yang diterima adalah berkaitan perkara umum sahaja..
    ini merupakan malam penting bagi barisan pembangkang apa lagi sambutannya pada saat menjelang tarikh 16 September.

    "Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di sini. (Berita Harian)

    Jadi.. aku masih menunggu tarikh baru yang akan dicanangkan kepada rakyat Malaysia. Bila? (katanya 2 minggu lagi... Hari Raya tu..) Aku ingin kongsi sesuatu di sini (ambik kat isuhot)

    Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September ini oleh pembangkang adalah gimik politik dan perang saraf semata-mata.

    Beliau bagaimanapun menambah bahawa jika ianya benar-benar berlaku maka ianya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

    BN sekarang mempunyai 140 kerusi di Parlimen; 89 orang Ahli Parlimen beragama Islam dan 51 orang bukan Islam.

    Pakatan Rakyat pula mempunyai 82 kerusi di Parlimen; Ahli Parlimen Islam ialah 43 orang dan bukan Islam 39 orang.

    Ketidakstabilan jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam kerajaan akan menyebabkan hak keistimewaan yang tertakluk dalam Perlembagaan akan terhakis jika 30 Ahli Parlimen BN melompat dan semuanya bukan Islam, maka jumlah baru bagi ahli Parlimen Bukan Islam akan berjumlah 69 orang manakala jumlah Ahli Parlimen Islam dalam Pakatan Rakyat hanyalah 43 orang.




    Monday, September 15, 2008

    Teresa oh Teresa..


    kalau korang nak tau.. ni ler gambar signboard yang berjaya ditegakkan oleh Ahli Parlimen Saputeh, Teresa Kok, khususnye DAP. Dia memperjuangkan supaya setiap jalan di Kuala Lumpur menggunakan tulisan Rumi, China dan Tamil.. Baru nampak Malaysia..! (kan kita hidup berbilang kaum)

    Aku x kisah sangat tentang tu... tapi yang menjadi pokok persoalan kat otak aku ialah.. kenapa dia x nak tulisan jawi tu ada sekali..? Sebab dia x paham ker..? Kalau nak ikutkan x paham.. Aku pun x paham tulisan Cina dan Tamil... kalau nak adil letak jer tulisan rumi Melayu, sebab itu bahasa kebangsaan, lagi satu dengan sistem pendidikan sekarang, x ada sebab kenapa kaum lain x boleh membaca dan memahami tulisan rumi.

    Lagi berita penting...

    Bapak Teressa Kok, Kok Kim Tong, kata anaknyer akan ditahanan selama 28 hari mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).. perhg.... lama siot.. 28 hari = 4 minggu.. lama tu.. dalam masa 28 hari macam-macam benda boleh buat.. dan macam-macam benda boleh berlaku...

    Kesian x..? Kalau dipandang dari segi kemanusian memang patut aku kesian.. tapi polis mesti ada sebab tertentu kenapa dia di tahan. Papan tanda tu mungkin salah satu dari pada isu, tapi yang terbesar ialah berhubung dengan isu azan.

    Kerajaan negeri Selangor mendesak supaya Teresa dibebaskan... begitu juga dengan banyak pihak lain... TAPI... Pengerusi Masjid Kinrara (Abd Rahman Nasir) sokong Teresa ditahan.. Ha.... kalau aku orang luar.. memang x berapa tahu cerita sebenar.. tapi.. Encik Rahman ni orang tempatan. dia x mau komen lebih.. dia cuma penerima petisyen so. dia x tahu menahu perkara yang berada di sebaliknya.

    Saturday, September 13, 2008

    Patutkah Raja Petra di ISA kan?


    Kecoh satu Malaya... Raja Petra kena ISA..... byk pihak terutamanya blogers menentang penahanan tersebut... tapi kenapa?

    Kenali Raja Perta...

    Dia lahir kat Surrey, England pada 27 sept 1950. Belajar kat MCKK.. (anwar pun dari MCKK)... lepas tu masuk VI (Victoria Inst.) ha.... aku sekolah ni ler dulu... Dia ni ada bau-bau bacang ngan kerabat Selangor (Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), sultan Selangor yang ke 7. Merupakan ahli yang terawal masuk PKR. Tapi yang membuatkan dia menjadi selebriti popular adalah blognyer.. Malaysia Today...

    Kali pertama masuk ISA masa zaman Dr Mahathir. Sempat ler tinggal dalam 52 hari.

    Berdosa sangatker dia?

    Isu yang menyebabkan dia kena ISA adalah berkenaan artikel yang terdapat dalam Malaysia Today. Mengikut sumber, dia membenarkan komen yang berunsur fitnah dan menyentuh perasaan orang islam.. aku bagi contoh.. komen pembaca tentang artikel yang bertajuk "Not All Arabs Are Descendants of The Prophet".

    Komen 1: written by HARIMAU BIN ABDULLAH, August 24, 2008 12:53:40
    Arabs are descendants of PIGS. That is why they do not eat pork, although many of the new generation eat pork, and drink pig’s urine. Some even **** and sodomise pig. They are all faked mulims, and now yet the people of bolehland blindly follow them.

    Komen 2: written by Lembing, August 27, 2008 06:23:07
    ANTI JIHADIST Obviously you have chosen to ignore the various claims that :- 1. Mary was not a virgin 2. Jesus did not died on the cross, instead he migrated to somewhere in Europe and that his remains was found buried. That means he did not resurrect. What have to say to all these ridiculous and preposterous claims???

    Komen 3: written by HARIMAU BIN ABDULLAH, August 27, 2008 13:13:17
    Prophet committed a lot of sins, including forcing an underage girl to be his wife. The Arabs are worst, and committed even worst kind of sins. Needless to say those who ape the Arabs, including people from Swearland, are unfit to be human.

    ha... korang ambik kamus.. translet sendiri... (aku x beraper pandai...)
    bagi aku komen yang diterima tu merupakan pandangan peribadi orang lain.. bukan pandangan dia.. (pandangan aku kabur.. lupa pakai spek)..

    tapi.... selaku.. Tuan Tanah Kedaung Malaysia Today.. dia ada hak and kuasa untuk mendelete komen yang melampau macam tu... hati dia x sakit ker..? x payah siarkan.. memang orang akan kata dia x telus... tapi... hati orang beragama islam kena jaga...

    Wartawan Sin Chew Daily Bebas


    Ini le rupa wartawan surat kabo Cina yang kena ISA semalam.. (cun jugak amoi ni)... Nama penuh dia, Tan Hoon Chen.. Berumur 33 tahun...Masih Bujang.. (hehehehe...) Graduan dari Universiti Sains Malaysia ni dibebaskan kat Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dalam pkul 11.30 pg (waktu tempatan).

    Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar kata Polis tahan Tan bawah akta ISA adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menjaga keselamatannya..(boleh caya ker..?)... Mungkin pihak risikan polis sudah dapat menghidu yang nyawa wartawan tersebut terancam di atas artikelnyer dalam surat kabo...

    Tindakan polis tu wajar bagi aku sebab, kalau apa-apa terjadi kepada amoi yang belum kawin tu....... pelbagai masalah dan spekulasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat Malaysia bakal ditimbulkan... nanti saper susah..? polis jugak..!

    Atau pun ia boleh dijadikan amaran kepada wartawan yang lain supaya tidak menyalahgunakan kebebasan suara (yang skt ni) untuk perkara yang boleh mengancam keselamatan negara.... Aku nak Malaysia ni aman.. AMIN...

    Friday, September 12, 2008

    Raja Petra, Terresa Kok dan Wartawan Sin Chiew Daily kena ISA!


    Pengendali Malaysia Today (Raja Petra) telah di tahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra. Isteri dia, (Marina Lee Abdullah) cakap 10 orang polis tangkap dia jam 1.10 tengahari (aku x tau dia sempat lunch atau tidak). Kenape dia kena tangkap? Ha tu la pasal... Orang kata dalam Malaysia Today ada komen menghina Nabi Muhammad dan Agama Islam (aku x baca lagi) lagu satu...Dia dengan berlagaknyer kata yang undang-undang Malaysia x boleh sentuh dia sebab Malaysia Today to di daftarkan kat luor negeri... Kan dah kena ISA.. ISA tu = tahanan tanpa bicara.. Ko panggil Karpal Singh pun x boleh..(aku boleh tolong tengok je). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kata, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.

    Memang polis mengamuk lagi.. kira-kira jam 8.30 malam wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pulak kena tahan oleh polis di rumahnya di Bukit Mertajam Tan adalah wartawan yang membuat laporan berhubung kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail.

    X cukup dengan tu....
    Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jam 11.20 Jumaat malam.Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

    Khir ( 1 ) Mariah ( 0)







    Aku berjaya buktikan yang dakwaan Dr Khir tu betul....

    Dr Mariah aper cer...?

    Thursday, September 11, 2008

    Mariah vs Khir


    Ini kes Doktor vs Doktor... Dr Siti Mariah merupakan Ahli Parlimen Pas Kota Raja, manakala Dr Khir Toyo adalah Adun Sg Panjang. Kes ni bermula dengan laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu oleh Dr Khir.

    Dr. Khir dakwa ada usaha untuk melarang laungan azan kat area Puchong dan Kota Damansara. Satu petisyen ke arah tu dah dibuat.. Dr Khir sendiri kata dia pernah nampak petisyen tu...

    Dr Mariah dah buat satu laporan polis kat Dang Wangi atas dakwaan Dr Khir tu.

    Tapi Dr Khir relex jer... Dia kata, "Laporan sudah di buat, biar polis siasat".

    Kalau betul perkara ni berlaku... ni mesti DAP punyer kerjer (kalaulah). nak tau kenapa? ha... sebab dalam parti tu mane ader Islam... x lan ler orang islam nak suruh berenti Azan.. nak kena panah petir?

    Kalau Dr Khir menipu plak... aku rasa dia patut di tangkap di bawah akta hasutan.. (macam Dato Ahmad, tapi x kena tangkap pun...)

    Aku x nak Malaysia jadi macam negeri Cina.. Aku tengok sendiri kat TV3, ada satu masjid kat sana, bilal dia azan kat depan masjid tanpa guna pembesar suara (macam zaman dolu2) bila wartawan tu tanya knp, dia kata pemerintah x benarkan azan dengan kuat.. (sedihkan?)

    Aku harap benda macam tu x berlaku kat Malaysia (wallahualam)

    Tuesday, September 9, 2008

    Kes Anwar Di Tangguh Ke 24 September

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

    Ni lagi satu kes.. Kan Pak Lah dah cakap... Gani Patail dan Musa Hasan tidak akan terlibat secara langsung dalam kes liwat Anwar Ibrahim (secara x langsung plak aku berani komen)... yang dia (Gani Patail) suka2 sain perintah tuk tukar kes ni ke Mahkamah tinggi buat apa.. ? Buat lagi lambat proses perbicaraan jer...

    aku ni kalau bab undang2 ni bukan nak tunjuk terror.. tapi kalau nak bersembang pasal undang2 jalan raya tu bolehlar.. (aku ambik lesen L 3 kali... dah khatam satu kitab..)

    Berbalik pada soal perbicaraan Anwar td... yang paling aku kurang suka adalah apabila perbicaraan tertangguh.. bagi aku... lagi cepat bicara lagi cepat kita boleh tau dia bersalah atau x. Kalau dia x bersalah... memang wujud 'sesuatu'. aku guna perkataan 'sesuatu' sebab aku masih pening memikirkan siapa pengarahnya... Semalam Pak Yakob Ketua Umno Cawangan kg sebelah, bertekak dengan ketua kampung lantikan negeri (Negeri aku dapat kt Pakatan). Yang itu kata ini, yang ini kata itu.. masing-masing menegakkan pendapat masing-masing... aku nak layan youtube pun pening dengar mereka bersembang..

    kalau dia bersalah plak... aku harap Tuhan beri dia hidayah dia atas pembohongannya kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat permatang pauh..

    harapan aku, semoga perbicaraan ni berjalan dengan aman... walau pun banyak track FRU kat luar mahkamah.. provokasi dari mane-mane pihak tetap akan berlaku. Hidup HAKIM dan LAWYER....

    Ahmad Tetap Enggan Mohon Maaf


    Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tetap enggan meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa kaum Cina adalah pendatang.

    "Ini maruah, mereka tidak bagi saya minta maaf, bukan saya, saya tidak ada apa," katanya.

    Perdana menteri, kata Ahmad akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara petang ini.Ahmad berkata, dalam perbincangan tersebut, Abdullah memberitahunya yang beliau (perdana menteri) mementingkan keselamatan dan kestabilan negara.

    Aku petik berita ni dari MalaysiaKini..

    Aku rasa tindakan Datuk Ahmad tu relevan... Dia bercakap soal fakta yang tertulis dalam sejarah.. Seantero Malaya tau yang Kaum Cina dan India tu dapat kerakyatan tetapi pada masa yang sama mereka terpaksa menerima kelebihan yang di beri kepada kaum Melayu dan Bumiputra. Kalau kita x bagi masa tu... semua dah kena balik negara masing2... Melayu ni memang terlalu baik dalam bab ni Mana ada negara dalam dunia ni nak bagi warganegara dengan mudah..?

    Lasi satu.. Melayu memang terkenal dengan dengan toleransi, berbudi bahasa dan byk lg sifat yang terpuji kecuali di Jalan raya (kawan aku cakp) Tapi... sikap macam ni pun kena ada batasnyer bro... kita terlalu menjaga hati kaum lain... tapi pada masa yang sama kita tidak menjaga hati kaum kita sendiri..

    Orang Cina khususnye akan mengganggap yang Datuk Ahmad ni bersifat perkauman... tapi bagi aku dia pemimpin yang berani.. Berani dalam mempertahankan maruah Melayu itu sendiri.. Sebab aku ni Orang Melayu..

    Monday, September 8, 2008

    New Proton MPV (cipta nama dapat kereta)


    Ha... berita baik kepada semua yang pakar dalam memberi nama... kalau kat kampung aku... ader sorang pakcik ni.. nama dia Pak Ngah Sabit (nama sebenar).. mengikut cerita orang-orang tua... dia ni kalau hal membagi nama kat orang memang champion. semua orang dapat nama gelaran. macam.. Seman Botol, Din Kuala, Mail Vespa dan bayak lagi.. penat kalau aku nak menaip. Bukan setakat lelaki jer.. orang perempuan pun dapat sama.. Leha Pulut Kuning, Wak Som Sireh, Piah Lemleng... (teruk orng tua ni).. aku pun di beri nama.. elok-elok mak bapak aku perfikir 3 hari 3 malam tuk nama yang elok... ader ker dia gelarkan aku man oren... satu kampung panggil aku man oren... nasib baik nama oren...
    berbalik kepada cerita memberi nama tadi... Tokey Proton, Datuk Syed Zainal Abidin baru je lepas rasmikan chasis proton MPV yang baru.. (baru rasmi chasis pun nak kecoh..!) bila nak launch aku x tau.. tapi dia bagi tau yang Proton nak buat satu pertandingan tuk bagi nama kereta tu.. saper bagi nama paling gempak.. Dapat Keta.... Best siot...
    aku tengah tunggu Pak Ngah Sabit.. mana lar tau dia ada nama best... hehehhe.. kalau dapat hadiah... aku bwk ler dia jalan-jalan pusing pekan.

    Kopi O satu!!!!!

    Bang Man... Kopi O satu... Kurang manis yer... (aku x nak kena kencing manis)... kat sini lar aku melepak tiap petang bawak ke malam... dah jadi macam rumah no 2 aku hehehehe... dapat baca surat kabo free..
    sambil surfing mencari isu hangat yang lebih hangat dari biasa bak kata Fafau dan FBI... aper korang ingat kat kg aku ni x bleh nak surfing? walaupun aku duduk hulu... tapi.. tokey kedai ni (abg man) sanggup taruk wireless nak tiru macam starbuck kt kl tu..
    oleh kerana aku yang settingkan dia punya wifi.. dia pandang sebelah mata jer aku online bagai nak gila.. (password aku yang pegang).. lagi pun abg man sibuk YM ngan janda mana ntah.. nasib baik bini dia buta IT skt..
    Air aku pun dah sampai.. Kita Minum Dulu..!!!!