Wednesday, September 17, 2008

4 Syarat Tukar Kerajaan

Anwar Ibrahim dalam suratnya kepada Pak Lah telah mengemukakan empat syarat bagi memastikan peralihan kuasa itu berlaku secara damai.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, syarat berkenaan juga bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj keinginan rakyat dengan mencetuskan ketegangan kaum.

Empat syarat itu ialah:

  • Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;

  • Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;

  • Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan
  • Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.

  • Bersyarat-syarat lar plak.. Kenapa nak kena pakai syarat..? buat lar surat perjanjian... lepas tu kena matikan stemp... baru lar nampak rasmi...

    No comments: