Tuesday, September 9, 2008

Ahmad Tetap Enggan Mohon Maaf


Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tetap enggan meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa kaum Cina adalah pendatang.

"Ini maruah, mereka tidak bagi saya minta maaf, bukan saya, saya tidak ada apa," katanya.

Perdana menteri, kata Ahmad akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara petang ini.Ahmad berkata, dalam perbincangan tersebut, Abdullah memberitahunya yang beliau (perdana menteri) mementingkan keselamatan dan kestabilan negara.

Aku petik berita ni dari MalaysiaKini..

Aku rasa tindakan Datuk Ahmad tu relevan... Dia bercakap soal fakta yang tertulis dalam sejarah.. Seantero Malaya tau yang Kaum Cina dan India tu dapat kerakyatan tetapi pada masa yang sama mereka terpaksa menerima kelebihan yang di beri kepada kaum Melayu dan Bumiputra. Kalau kita x bagi masa tu... semua dah kena balik negara masing2... Melayu ni memang terlalu baik dalam bab ni Mana ada negara dalam dunia ni nak bagi warganegara dengan mudah..?

Lasi satu.. Melayu memang terkenal dengan dengan toleransi, berbudi bahasa dan byk lg sifat yang terpuji kecuali di Jalan raya (kawan aku cakp) Tapi... sikap macam ni pun kena ada batasnyer bro... kita terlalu menjaga hati kaum lain... tapi pada masa yang sama kita tidak menjaga hati kaum kita sendiri..

Orang Cina khususnye akan mengganggap yang Datuk Ahmad ni bersifat perkauman... tapi bagi aku dia pemimpin yang berani.. Berani dalam mempertahankan maruah Melayu itu sendiri.. Sebab aku ni Orang Melayu..

No comments: