Saturday, September 20, 2008

SAPP Tangjung Papat Tinggal 1 Cawangan


Akibat drpd tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mencadangkan usul tidak percaya kpd Pak lah seterusnyer mengambil keputusan keluar BN... (Lompat sekali kot? hehehhe..) kira-kira 2,000 ahli dari 15 cawangan area Tanjung Papat ambil keputusan tuk keluar parti... maka tinggallar satu cawangan iaitu cawangan Slipway. ketua dia Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP, Tanjung Papat Poon Kee Yang.

kenaper diorang keluar parti?

mengikut cerita... mereka keluar sebab menyokong pendirian Tim Presiden SAPP Raymond Tan yang x setuju dengan keputusan Majlis Tertinggi SAPP untuk keluar dari Barisan Nasional.

Siaper lagi yang keluar?

Turut keluar SAPP ialah Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin.

Apa kesimpulannyer?

senangjer.... Tindakan SAPP keluar BN tidak mendapat sokongan dari akar umbi.. mungkin dia bertindak atas dasar x puas hati atau pengaruh dari pihak-pihak tertentu... kronologinyer bermula dengan usul tidak percaya kepada Pak Lah.. SAPP berharap dengan tindakan tersebut akan menyebabkan parti itu akan diusir dari BN... dan bila di usir... SAPP akan sebab yang kuat untuk melompat ke Pakatan Rakyat. (aku masuk Pakatan sebab aku kena buang.. muhahahah)

BN mengabil langkah bijak untuk tidak mengambil tindakan... dan akhirnyer SAPP mengusir diri sendiri.... dan statement terbaru dari SAPP ialah.. parti itu tidak akan melompat ke Pakatan Rakyat.. (setakat masa ni kot).. dia tau.. bila dia masuk terus ke Pakatan... BN boleh tuduh dia menerima imbuhan atau apa-apa dari Pakatan Rakyat..

No comments: