Monday, September 8, 2008

New Proton MPV (cipta nama dapat kereta)


Ha... berita baik kepada semua yang pakar dalam memberi nama... kalau kat kampung aku... ader sorang pakcik ni.. nama dia Pak Ngah Sabit (nama sebenar).. mengikut cerita orang-orang tua... dia ni kalau hal membagi nama kat orang memang champion. semua orang dapat nama gelaran. macam.. Seman Botol, Din Kuala, Mail Vespa dan bayak lagi.. penat kalau aku nak menaip. Bukan setakat lelaki jer.. orang perempuan pun dapat sama.. Leha Pulut Kuning, Wak Som Sireh, Piah Lemleng... (teruk orng tua ni).. aku pun di beri nama.. elok-elok mak bapak aku perfikir 3 hari 3 malam tuk nama yang elok... ader ker dia gelarkan aku man oren... satu kampung panggil aku man oren... nasib baik nama oren...
berbalik kepada cerita memberi nama tadi... Tokey Proton, Datuk Syed Zainal Abidin baru je lepas rasmikan chasis proton MPV yang baru.. (baru rasmi chasis pun nak kecoh..!) bila nak launch aku x tau.. tapi dia bagi tau yang Proton nak buat satu pertandingan tuk bagi nama kereta tu.. saper bagi nama paling gempak.. Dapat Keta.... Best siot...
aku tengah tunggu Pak Ngah Sabit.. mana lar tau dia ada nama best... hehehhe.. kalau dapat hadiah... aku bwk ler dia jalan-jalan pusing pekan.

No comments: