Tuesday, September 16, 2008

16 September Tinggal Kenangan

Hari semalam merupakan sejarah untuk hari ini.. Dan 16 September 2008 kini menjadi kenangan kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan impian untuk melihat Malaysia kepada sesuatu menjadi sesuatu...




Momentum perubahan yang direncanakan berada di tahap tertinggi pada malam 15 September 2008. Bertempat di Stadium Kelana Jaya. Aku x tau berapa ramai yang hadir... tapi berdasarkan gambar aku rasa bilangannya mungkin mencecah kepada ribuan manusia..

Mengikut perancangan, antara tokoh politik yang bakal hadir di majlis tersebut ialah, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hadi A
wang. (Anwar Ibrahim memang datang). Tetapi... siapa yang hadir sebenarnya? (sila lihat petikan yang diambil dari Agenda Daily)

Mengikut laman web rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang akan hadir menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya Isnin malam ialah Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pe
mimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September .” Itulah seperti yang dinyatakan.


Namun sampai ke sudah kelibat Presiden PAS itu pun tak nampak. Apakah nama Haji Hadi digunakan hanya untuk jadi daya penarik para ahli PAS menghadiri majlis itu? Ini bukan pertama kali beliau tidak hadir pada satu majlis yang diadakan di stadium berkenaan.

Tidak lama dulu masa majlis protes kenaikan harga minyak anjuran badan yang dinaungi oleh Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang pro Anwar ,beliau disenaraikan akan hadir tetapi tidak datang.Kalau nak kira majlis Hari Malaysia

Para pemimpin utama DAP, Kit Siang dan anaknya Guang Eng turun.Sebaliknya tidak ramai para pemimpin utama PAS hadir kecua
li Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar,Dr Hatta dan beberapa yang lain. Malah Pesuruhjaya PAS Selangor juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hassan Ali juga tidak kelihatan.

Kalau kita melihat daripada artikel tersebut... Aku dapati semacam ader sesuatu protes di kalangan pemimpin yang tidak hadir.. Atau mungkin mereka tadi mempunyai alasan tertentu.

Mereka yang hadir memasang impian agar keesokan harinya, Putrajaya bakal bertukar tangan... Tetapi perkara yang lain berlaku...


Dalam sidang medianya.. Anwar Ibrahim mengatakan yang lebih dari 31 ahli parlimen BN bakal menyertai Pakatan Rakyat dan meminta supaya Pak Lah tidak menggunakan Undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa. Anwar juga telah menghantar surat kepada Pak Lah untuk mengadakan perjumpaan. Tetapi Pak Lah menolak perlawaan itu.

Mengikut Pak Lah, surat yang diterima adalah berkaitan perkara umum sahaja..
ini merupakan malam penting bagi barisan pembangkang apa lagi sambutannya pada saat menjelang tarikh 16 September.

"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di sini. (Berita Harian)

Jadi.. aku masih menunggu tarikh baru yang akan dicanangkan kepada rakyat Malaysia. Bila? (katanya 2 minggu lagi... Hari Raya tu..) Aku ingin kongsi sesuatu di sini (ambik kat isuhot)

Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September ini oleh pembangkang adalah gimik politik dan perang saraf semata-mata.

Beliau bagaimanapun menambah bahawa jika ianya benar-benar berlaku maka ianya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

BN sekarang mempunyai 140 kerusi di Parlimen; 89 orang Ahli Parlimen beragama Islam dan 51 orang bukan Islam.

Pakatan Rakyat pula mempunyai 82 kerusi di Parlimen; Ahli Parlimen Islam ialah 43 orang dan bukan Islam 39 orang.

Ketidakstabilan jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam kerajaan akan menyebabkan hak keistimewaan yang tertakluk dalam Perlembagaan akan terhakis jika 30 Ahli Parlimen BN melompat dan semuanya bukan Islam, maka jumlah baru bagi ahli Parlimen Bukan Islam akan berjumlah 69 orang manakala jumlah Ahli Parlimen Islam dalam Pakatan Rakyat hanyalah 43 orang.




No comments: